Wednesday 20 April 2011

Adab Berjihad

ADAB BERJIHAD  TINGKATAN 5

1.PENGERTIAN :-

q    Bahasa :
            Usaha yang bersungguh-sungguh dengan
            menggunakan kemampuan yang ada.
q    Istilah :
            Usaha yang dilakukan oleh individu muslim
            dengan menggunakan seluruh kemampuan
            untuk menegakkan Islam dan mendapat
            keredaan Allah
          
2. CONTOH-CONTOH JIHAD:
   Perang di jalan Allah
   Jihad menuntut ilmu
   Jihad memajukan negara
   Jihad  melawan hawa nafsu

3. KELEBIHAN BERJIHAD
          Mendapat keredaan Allah S.W.T
          Jaminan kemuliaan oleh Allah S.W.T
          Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
          Memupuk sifat istiqamah dalam diri

4. PERINGKAT-PERINGKAT JIHAD
    i.Jihad memperbaiki diri
    ii. Jihad melawan syaitan
    iii. Jihad melawan orang kafir dan munafik
    iv. Jihad menghapuskan kezaliman
 
 5. Cara Berjihad memperbaiki diri terbahagi k epada 4 bahagian:
    i.  mempelajari Islam                                   iii.  menyebarkan ilmu
    ii. mengamalkan ajaran Islam                      iv.  Sabar dan ikhlas menyebarkan ilmu

6. Cara Berjihad melawan syaitan terbahagi kepada dua bahagian:
     i.  melawan dan menghapuskan keraguan serta was-was dalam diri
     ii. menjauhkan diri daripada menurut hawa nafsu dan perkara maksiat

 7. Cara Berjihad melawan orang kafir harbi dan munafik
    Boleh dilakukan dengan:
    i.  Hati                                                          iii.  Harta
    ii. Lidah/lisan                                               iv.  Nyawa

 8. ADAB-ADAB BERJIHAD
    - Ikhlas kerana Allah
    - mematuhi arahan dan semangat  berpasukan
    - sanggup berkorban apa saja
    - iltizam dan istiqomah dalam perjuangan

9. CARA MEMUPUK/MELAHIRKAN SEMANGAT JIHAD
      - menghayati kisah perjuangan nabi dan tokoh-tokoh Islam
      - melazimi ibadat,seperti qiamullail dan membaca alQuran
      - menghayati balasan baik bagi orang berjihad

1 comment: