Wednesday, 20 April 2011

Latarbelakang Kerajaan Abasiyah dan Pendidikan

SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM BAB 1
TINGKATAN 5

Latar belakang Kerajaan Abbasiah
  • Nama kerajaan Abbasiah di ambil sempena nama bapa saudara Rasulullah saw  " al-Abbas"
  • Penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea  keturunan Bani Hashim yang menganggap kepimpinan Negara layak disandang oleh mereka sahaja.
  • Kerajaan Abbasiah memerintah lebih daripada lima kurun yg bermula pada tahun 132H/750M hingga tahun 650H/1258M ditubuhkan dengan resminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah
  • Keluasan kerajaan Abbasiah merangkumi 2/3 dunia yang meliputi benua Afrika, Asia dan Eropah.

Struktur Kerajaan Abbasiah
  • Mereka mewarisi sistem Khalifah secara warisan
  • Dipimpin oleh 37 orang khalifah
  • Sistem pentadbiran mereka banyak diadaptasi daripada sistem Kjaan Parsi, kerana ramai orang Parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam kjaan Abbasiah contohnya penggunaan al-Wazir (                ) yang digunakan untuk jawatan Perdana Menteri berasal dari Parsi

Sistem Pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah

AL-KHALIFAH
Ketua Negara iaitu pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam

AL-WAZIR (Perdana Menteri)
Ketua Pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan

AD-DAWAWIN (Jabatan-Jabatan Kerajaan)
Dalam pengawasan Al-Kuttab (Sekretari). Spt: jabatan Eksais, Jabtan Audit, Jabtaan Polis dan Pertahanan, Jabatan Perhubungan, Jabatan Parit dan atli Air dan Jabatan Kebajikan.

Khalifah Kerajaan Abbasiah yang terkenal

Abu Abbas Abdullah al-Saffah
Khalifah Abbasiah yang pertama. Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan, bermula tahun 132H hingga tahun 136H bersamaan 750M – 754M

Sumbangan
Pengasas kerajaan Abbasiah
Menghapuskan pemberontakan





Abu Jaafar al-Mansur
Saudara kandung as-Saffah, Menjadi khalifah selama 22 tahun bermual dari tahun 136H hingga 158H bersamaan 754M – 775M

Sumbangan
- Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota dan
  membangunkannya
-Memperbaiki system cukai
-Membuat saliran-saliran
-Menyediakan pasar-pasar ditempat yang strategik

Harun al-Rasyid
Khalifah yang paling warak dan terkenal. Memerintah selama 23 tahun satu setengah bulan, bermula dari tahun 170H hingga 192H bersamaan 786M – 809M

Sumbangan
-Memerintahkan al-Qadi Abu Yusof supaya menulis kitab tentang percukaian hingga terhasilnya kitab al-Kharaj
-Mewujudkan jawatan kadhi al-Qudha(ketua hakim)
-Menubuhkan "Baitul Hikmah" yang menjadi pusat  
  ilmu pengetahuan ketika itu
-Menjadi Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu    
pengetahuan dan kebudayaan terkemuka
-Membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmesi dan pusat pengajian

Al-Makmun
Nama sebenarnya Abdullah Abu al-Abbas al-Makmun. Putera Harun al-Rasyid. Menjadi khalifah selama 20 tahun, bermula dari tahun 198H hingga tahun 218H bersamaan 813M hingga 833M

Sumbangan
·  Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu
   pengetahuan
- Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang

Faktor Penyebaran Islam pada zaman Kerajaan Abbasiah
Faktor Dalaman
- Keinginan Penduduk  setempat yang tertarik dengan
   Islam serta akhlak umatnya
-  Galakan Khalifah yang menyediakan peruntukan khas
   dari Baitul Mal untuk para ulama' dan pendakwah
    menjalankan aktiviti dakwah
-   Dasar kerajaan yang menyamakan status orang Arab
    dengan orang bukan Arab
-   Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam
    bidang keilmuan dan    perdangangan antarabangsa

Faktor Luaran
- Pembukan wilayah-wilayah baru
- Penggunaan Bahaa Arab secara meluas
- Hubungan diplomatik dengan Negara luar
- Usaha pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti
   perdagangan mereka



Kesan positif penyebaran Islam

Akidah
- Mengubah  kepercayaan menyembah berhala seperti 
  majusi yang menyembah api dan kepada mengesakan
  Allah S.W.T.
- Orang bukan Islam tertarik kepada ajaran Islam yang
   menghapuskan perhambaan sesama manusia.
- Masjid di bina sebagai pusat dakwah Islam seperti
  Masjid Jami’ al Mansur dan Masjid al Basrah
- Fahaman  akidah yang menyeleweng seperti Muktazilah
  dan falsafah Yunani kuno telah diperbetulkan

Ilmu
- Membuka minda dan perkembangan ilmu kerana  Islam
  mewajibkan umatnya menuntut ilmu
- Pembinaan infrastruktur pendidikan seperti masjid dan
  sekolah.
- Perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang seperti
 Al-Quran,ilmu hadis,nahu,geografi, sains , matematik,
  astronomi, perubatan, dan falsafah.
- Masyarakat Islam menjadi pakar dalam pelbagai  bidang
  sehingga dipandang tinggi oleh masyarakat  lain.

Budaya
- Masyarakat mengamalkan budaya dan nilai-nilai Islam 
  yang bersifat sejagat.
- Masyarakat bebas mengamalkan budaya masing-
  masing selagi tidak bercanggah dengan Islam.
- Pengaruh budaya tempatan  terdapat dalam seni bina
  bangunan terutama masjid seperti Qasru al Zahab dan  
  Qasru al Khuldi yang dibina oleh Khalifah Abu Jaafar
  Al Mansur.

Sistem Masyarakat
§  Dapat menghapuskan perhambaan
§  Konsep keadilan  tanpa mengira bangsa dan warna kulit telah diperkatikkan, contohnya Khalifah Al-Mahdi menubuhkan Mahkamah Tinggi Rayuan untuk mengadili kes-kes rayuan
§  Memberi peluang kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan utama Negara, contohnya Khalifah Abu Jaafar Al Mansur melantik Khalid bin Barmak berbangsa Parsi menjadi Al Wazir
§  Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan
      masing-masing.

Peranan Jihad Umat Islam Dalam Memajukan Diri, Masyarakat Dan Negara

·         Meneroka pelbagai bidang ilmu seperti ilmu Syariah, bahasa, sains, perubatan, dan kejuruteraan
·         Mendisiplinkan diri dengan akhlak Islam
·         Bersatu mempertahankan maruah dan martabat Islam




PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.

Faktor-faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Abbasiyah
-          Usaha dan galakan Khalifah
-          Galakan ajaran Islam supaya membuat kajian dan penyelidikan terhadap alam
-          Aktiviti penterjemahan dalam berbagai bahasa
-          Kestabilan politik dan ekonomi
-          Dasar kerajaan yang mengutamakan ilmu pengetahuan
-          Prasarana pendidikan yang baik seperti sekolah
-          Kedudukan Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu serantau
-          Hubungan diplomatik dengan negara luar
-          Kreativiti ulamak dan cendikiawan dalam mengahsilkan bahan ilmiah

Intittusi Pendidikan Pada Zaman Abbasiyah

  1. Masjid  
  2. Istana
  3. Perpustakaan
  4. Pusat Pengajian

Masjid
- Merupakan tempat ibadat dan penyebaran ilmu
  pengetahuan.
- Dipenuhi dengan halaqah-halaqah (Perkumpulan-
   perkumpulan) ilmu
  Contoh; Masjid Jamik Al-Mansur yang dibina oleh
  khalifah Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 145 Hijrah

Istana
- Dijadikan pusat perbincangan para ulama
   bermuzakarah dan menyampaikan ilmu
  Contoh: Khalifah al-Mu’tadhid Billah (289H/902M)
  menyediakan sudut dan tempat tertentu di istana untuk
  para sarjana menyampaikan ilmu.

Perpustakaan
    - Dijadikan tempat perkembangan ilmu pengetahuan
      dan penyelidikan ilmiah
    - Perpustakaan utama ialah BAITUL HIKMAH dibina
      oleh khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad
    - Di Baitul Hikmah, terdapat khazanah karya-karya
       sarjana tempatan serta terjemahan daripada negara  
      Parsi,Yunani ,China ,dan India.
    - Khalifah Al-Makmun bertanggungjawab membawa
      masuk karya-karya Yunani
-          Di Kaherah, Mesir tedapat sebuah perpustakaan awam yang dikenali sebagai Darul Hikmah
 




 Pusat Pengajian
- Pusat-pusat pengajian dibina oleh para khalifah,
   menteri, dan orang kaya di atas tanah milik kerajaan,
  tanah wakaf atau tanah persendirian.
- Sumber kewangan pusat-pusat pengajian diambil
  daripada hasil tanah-tanah waqaf atau perbendaharaan
  negara.
- Pusat Pengajian yang terkenal ialah Madrasah
  Al-Nizamiyyah yg dibina pada tahun 457H/1065M
  yang dibina oleh seorang menteri keturunan Saljuk
  iaitu Nizam al-Mulk (485H/1092H).

Peranan Baitul Hikmah Dalam Bidang Pendidikan
·         Pusat Penterjemahan
·         Pusat Pertemuan Para Sarjana dan Ilmuan
·         Pusat Sumber
·         Pusat Penyelidikan
·         Pusat Latihan


     Bidang Ilmu Pada Zaman Abbasiyyah

1.  Ilmu Berteraskan Wahyu
     Seperti Ilmu Tafsir, Hadis,Tauhid dan Fekah
      2.  Ilmu berteraskan akal
Seperti ilmu matematik ,falak, Kima,  
Geografi,   Fizik dan Perubatan




a)       Ilmu Berteraskan Wahyu

Ilmu
Perkembangan
Tokoh Dan Kitab
Tafsir
Disusun mengikut surah
Yahya bin Ziad AlFarra’ dengan kitabnya
Maani Al Quran dan
Ibnu Jarir At Tobari dengan kitabnya Tafsir At Tobari
Hadis
Pengumpulan dan Penyusunan Hadis
- Imam Al Bukhari, kitabnya
  Sohih Al Bukhari
- Imam Muslim kitabnya
  Sohih Muslim
-  Abu Daud,At Tirmizi,
  An Nasa’i dan Ibnu Majah
  dengan kitab mereka Al
  Kutub As Sittah
Fekah
Muncul Mazhab-Mazhab Fekah
Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafei,Imam dan Ahmad bin Hanbal,
Qadi Abu Yusuf, Sahnun, Al Mawardi dan Ibnu Qudamah
Tauhid
Pemunian akidah dari pengaruh falsafah Yunani
Imam Abu Hasan Al Asy’ari
Dan Imam Al Ghazali




b)Ilmu Berteraskan Akal

Ilmu
Perkembangan
Tokoh Dan Kitab

Mate
matik
 Beberapa formula baru dihasilkan antaranya algebra,geometry
Muhammad bin Musa Al Khawarizmi. Hasil karya Hisab Al Jabri wal Muqabalah
Falak
Beberapa penemuan baru antaranya:  
-   mengukur  jarak
    antara bumi dan
    matahari.
-  jadual pergerakan
   bulan dan bintang
-  pengaruh bulan dan
   Matahari terhadap
   musim
-  mencipta alat
   pengukur sudut
Tokoh ilmu falak ialah Al Baitany berjaya menemui  :
 - cara mengukur
    jarak antara bumi
    dan matahari
- jadual pergerakan
   bulan dan bintang

Kimia
Mengasaskan fakta-fakta kimia berdasarkan ujikaji
Penemuan lain
- penemuan asid
  nitrik,sulfuric dan
  hidroklorik
- teori penghasilan
  Petroleum,alcohol
  dan memperbaiki
  proses membuat kaca
Tokoh yang masyhur dalam bidang kimia ialah
Jabir bin Hayyan, beliau orang pertama menemui
Asid sulfurik.
Fizik
- mencipta teori
  pergerakan jirim
- menjelaskan tentang
  lapisan-lapisan mata
- menyukat kelajuan
  bunyi dan cahaya
- mencipta cermin mata
Tokoh utama Al Hasan
Bin Al Haitham. Beliau berjaya menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya pada retina
Geografi
Penemuan baru:
- ukuran yang tepat
  keluasan bumi
- menghasilkan peta
  dunia pertama dalam
  bentuk glob
Tokoh utama ialah
As Syarif Al Idrisy, menghasilkan peta dunia dalam bentuk glob.
Peru-batan
Penemuan baru:
- kesan kuman dalam
  penyakit.
- toeri jangkitan virus
  seperti TB
- penyakit baru seperti
  Rubella,alahan,cacar
  Sakit jiwa.
- ubat penyakit kronik
- mencipta picagari, 
- Mencipta Ubat bius
- Mencipta benang
  khusus untuk menja-
  hit luka
Tokoh utama bidang perubatan ialah Ibnu Sina.Beliau menghasilkan 116 buah buku perubatan.
Buku terkenal ialah
Qanun Fi Al Tib. 



Kepentingan Ilmu Serta Kesannya dalam Membina Tamadun

§  Kesepaduan antara ilmu fardhu Ain dan fardhu Kifayah menyebabkan umat Islam kuat dari segi fisikal dan mental
§  Dasar Kerajaan Abbasiyah yang memberi keutamaan kepada bidang pendidikan telah menyuburkan perkembangan ilmu pengetahuan
§  Pemangkin kemajuan di Eropah. Ilmu dan teknologi ini kemudian dipindahkan ke Eropah hingga tercetusnya zaman Renaissance
§  Karya-karya sarjana Islam yang berbahasa Arab ditejemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk; Latin dan Hebrew




No comments:

Post a Comment

Post a Comment