Tuesday 19 April 2011

Nota Eddah

EDDAH

Maksud Eddah dari segi bahasa ialah tempoh pengiraan
Dari Segi istilah ialah Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi isteri selepas berpisah dengan suami

Jenis Dan Tempoh Eddah


Eddah disebabkan bercerai hidup

Status Isteri

Tempoh Eddah
Hamil
Hingga lahir anak
Tidak Hamil
3 kali suci
Telah putus haid
3 bulan
Belum disetubuhi
Tiada Eddah




Eddah disebabkan kematian suami


Status Isteri

Tempoh Eddah
Hamil
Hingga lahir anak
Tidak Hamil
4 bulan 10 hari
Telah putus haid
4 bulan 10 hari
Belum disetubuhi
4 bulan 10 hari


Hikmah Eddah
-          memastikan isteri tidak hamil
-          memberi peluang suami isteri insaf setelah berpisah dengan suami dan merujuk semula
-          memuliakan ikatan perkahwinan
-          memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dunia.
-          Dapat memberi ketenangan kepada isteri sebelum memulakan hidup baru







Hak Semasa Eddah






Hak Semasa Eddah



Isteri Bercerai Talak 1 dan 2
Berhak mendapat nafkah zahir,seperti pakaian tempat tinggal
Mendapat hak Harta Pusaka
Dilarang keluar rumah tanpa izin suami
Eddah talak Bain
Tidak berhak mendapat nafkah kecuali tempat tinggal
Tidak mendapat hak harta pusaka
Isteri Kematian Suami
Berhak mendapat tempat tinggal selama tempoh eddah

Hak Selepas Eddah

Tiada hubungan lagi dengan bekas suami.Bebas menentukan kehidupannya sendiri.



Perkara-Perkara Dilarang Semasa Eddah

Semasa Eddah Talak
Haram dipinang  lelaki lain
Keluar rumah yang disediakan oleh suami
Haram Menghias diri
HaramBerkahwin
Semasa Tempoh Eddah Kematian Suami
Haram dipinang  lelaki lain
Keluar rumah kecuali keperluan yang dibenarkan oleh syarak
Haram berhias
Haram Berkahwin


Hikmah Larangan Semasa Eddah
-          menunjukkan Islam mengambil berat tentang maruah wanita
-          menjaga dan memelihara maruah wanita
-          mengelakkan fitnah

No comments:

Post a Comment