Tuesday 19 April 2011

Nota Perkahwinan

TINGKATAN 5 KAIFIAT PERKAHWINAN

1.      Tiga ciri bakal suami dan isteri
i.           Beriman,bertaqwa serta  taat perintah Allah
ii.         Berilmu pengetahuan
iii.       Berakhlak mulia
iv.       Keturunan yang baik

2.      Dua sebab Islam menyarankan supaya memilih isteri yang mempunyai pegangan agama yang baik
i.           Mendapat kebahagian di dunia dan akhirat
ii.         Mendapat keberkatan dan rahmat Allah
iii.       Keluarga terhindar dari perbuatan maksiat

3.      Dua akibat tidak memilih iseri seperti yang dianjurkan oleh Islam
i.           Tidak mendapat rahmat dan keberkatan Allah Taala
ii.         Rumahtangga tidak aman dan harmoni
iii.       Menghadapi masalah rumah tangga

4.      Pengertian meminang
Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isterinya

5.       Dua hikmah larangan tersebut
i.           Dapat mengelakkan pergaduhan
ii.         Dapat mengelakkan penganiayaan ke
atas hak seseorang
iii.       Merapatkan hubungan silaturrahim
iv.       Mengelakkan kejadian jenayah

6.      Tujuan Islam membenarkan bakal suami melihat bakal isteri
i.           Berpuas hati dengan pilihan yang dibuat
ii.         Mengelakkan penipuan

7.      Nyatakan tiga golongan wanita yang haram dipinang
i.      Isteri orang
ii.    Perempuan dalam tempoh eddah
iii.  Tunang orang

8.      Lima rukun nikah
i.      Bakal suami
ii.    Bakal isteri
iii.  Wali
iv.  Dua orang saksi
v.    Sighah ( ijab dan qabul )

9.      Tiga syarat bakal isteri dan tiga syarat bakal suami
Tiga syarat bakal isteri

    • Beragama Islam atau ahli kitab
    • Perempuan
    • Bukan isteri orang
    • Bukan dalam eddah talak raj’ie
    • Bukan dalam ihram haji atau umrah
    • Bukan mahram kepada suami

Tiga syarat bakal suami

    • Beragama Islam
    • Lelaki
    • Tidak beristeri empat
    • Bukan dalam ihram haji atau umrah
    • Bukan mahram kepada isteri

10.  Pengertian Wali Nikah
Wali Nikah ialah orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.

11.  Wali Nikah terbahagi dua jenis
a) Wali Nasab(berdasarkan keturunan)
b) Wali Hakim
Iaitu orang yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk mangahwinkan perempuan ketika  tiada wali, wali enggan atau wali hilang kelayakan

12.  Wali Nasab terbahagi kepada dua jenis
a) Wali Mujbir 
Wali Mujbir ialah bapa dan datuk, mereka berhak mengahwinkan perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya dengan syarat bakal suami sekufu dengannya

b) Wali bukan mujbir
     Ialah mereka yang selain bapa dan datuk
     seperti adik beradik lelaki seibu sebapa atau
     sebapa.

13.  Maksud wali mujbir
Wali Mujbir ialah bapa dan datuk, mereka berhak mengahwinkan perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya dengan syarat bakal suami sekufu dengannya


14.  Syarat-syarat Wali Nikah
- Beragama Islam        
- Lelaki
- Baligh                                   
- Berakal
- Tidak dalam ihram    
- Tidak muflis
- Merdeka

15.  Susunan Wali Nikah Mengikut Keutamaan
 a) Bapa                                   
 b)Datuk
 c) Adik beradik lelaki seibu sebapa
 d) Adik beradik lelaki sebapa
 e) Anak saudara lelaki daripada adik beradik
     lelaki seibu sebapa
 f)  Anak saudara lelaki daripada adik beradik
     lelaki sebapa
 g)  Bapa saudara seibu sebapa
 h)  Bapa saudara sebelah bapa
 i)  Sepupu lelaki daripada bapa saudara seibu
     sebapa
 j)  Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebapa
 k) Wali Hakim

16.  Sebab-sebab kuasa  wali nasab berpindah kepada Wali Hakim
- Tidak ada wali nasab mengikut susunan
- Wali tidak dapat dikesan atau tidak dapat
  diketahui sama ada hidup atau mati
- Wali tinggal jauh melebihi dua marhalah
- Wali akrab dalam tahanan dan tidak dapat
  dihubungi.
-  Wali sedang berihram haji atau umrah
-  Wali menyembunyikan diri
-  Wali setaraf bergaduh
-  Wali sendiri( sepupu)hendak berkahwin
    dengan perempuan yang diwalikan dan tiada
    wali yang setaraf
-  Wali enggan menjadi wali

17.  Maksud Wali Akrab
Ialah Wali yang hampir dengan perempuan termasuk bapa dan datuk.

18.   Hikmah saksi dalam perkahwinan
·      Mereka boleh memberi maklumat sekiranya berlaku sesuatu pertikaian
·      Menjamin sesuatu perkahwinan itu sah
·      Memuliakan perkahwinan
·      Mengelakkan berlakunya fitnah
·      Memuliakan majlis akad nikah


19.   Syarat-syarat saksi
- Islam                              - Baligh
- Adil                                - Lelaki
- Memahami lafaz aqad        - Sejahtera pancaindera

20.  Sighah Nikah(aqad ijab dan qabul)
Pengertian Ijab
Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali seperti ” Aku nikahkan engkau dengan anakku
Siti Aminah dengan mas kahwin RM22.50 tunai.”

Pengertian Qabul
Qabul ialah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami seperti,”Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM22.50 tunai

21.  Syarat-syarat Sighah Nikah


Syarat-syarat Ijab

- Hendaklah dilafazkan oleh wali atau wakilnya
- Ijab dan Qabul berlaku dalam satu majlis
- Tidak menggunakan bahasa sindiran/kiasan
- Difahami oleh wali,pengantin lelaki dan saksi
- Tidak diselangi oleh diam yang lama atau
   perkataan yang tidak berkaitan antara ijab dan
   qabul.


Syarat-syarat Qabul

-  Lafaz qabul tidak menyalahi lafaz ijab
-  Dilafazkan oleh pengantin lelaki atau
    wakilnya
-  Menyebut nama bakal isteri atau ganti
   namanya
-  Tidak diselangi oleh diam yang lama atau
    perkataan yang tidak berkaitan antara ijab
    dan qabul
-  Tidak dengan lafaz taklik, contohnya ,” Aku
    terima nikahnya apabila mendapat pekerjaan
    dengan mas kahwin RM22.50 tunai.”
-  Tiada tempoh masa contohnya,” Aku terima
    Nikahnya selama tiga tahun dengan mas
    kahwin RM22.50 tunai.”



No comments:

Post a Comment