SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM BAB 1
TINGKATAN 5
Latar belakang Kerajaan Abbasiah
- Nama kerajaan Abbasiah di ambil sempena nama bapa saudara Rasulullah saw " al-Abbas"
- Penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hashim yang menganggap kepimpinan Negara layak disandang oleh mereka sahaja.
- Kerajaan Abbasiah memerintah lebih daripada lima kurun yg bermula pada tahun 132H/750M hingga tahun 650H/1258M ditubuhkan dengan resminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah
- Keluasan kerajaan Abbasiah merangkumi 2/3 dunia yang meliputi benua Afrika, Asia dan Eropah.
Struktur Kerajaan Abbasiah
- Mereka mewarisi sistem Khalifah secara warisan
- Dipimpin oleh 37 orang khalifah
- Sistem pentadbiran mereka banyak diadaptasi daripada sistem Kjaan Parsi, kerana ramai orang Parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam kjaan Abbasiah contohnya penggunaan al-Wazir ( ) yang digunakan untuk jawatan Perdana Menteri berasal dari Parsi
Sistem Pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah |
AL-KHALIFAH Ketua Negara iaitu pemimpin tertinggi dalam wilayah Islam
|
AL-WAZIR (Perdana Menteri) Ketua Pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan
|
AD-DAWAWIN (Jabatan-Jabatan Kerajaan) Dalam pengawasan Al-Kuttab (Sekretari). Spt: jabatan Eksais, Jabtan Audit, Jabtaan Polis dan Pertahanan, Jabatan Perhubungan, Jabatan Parit dan atli Air dan Jabatan Kebajikan.
Khalifah Kerajaan Abbasiah yang terkenal
Abu Abbas Abdullah al-Saffah Khalifah Abbasiah yang pertama. Menjadi khalifah selama 4 tahun 9 bulan, bermula tahun 132H hingga tahun 136H bersamaan 750M – 754M
Sumbangan Pengasas kerajaan Abbasiah Menghapuskan pemberontakan |
Abu Jaafar al-Mansur
Saudara kandung as-Saffah, Menjadi khalifah selama 22 tahun bermual dari tahun 136H hingga 158H bersamaan 754M – 775M
Sumbangan
- Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya
-Memperbaiki system cukai
-Membuat saliran-saliran
-Menyediakan pasar-pasar ditempat yang strategik
Harun al-Rasyid
Khalifah yang paling warak dan terkenal. Memerintah selama 23 tahun satu setengah bulan, bermula dari tahun 170H hingga 192H bersamaan 786M – 809M
Sumbangan
-Memerintahkan al-Qadi Abu Yusof supaya menulis kitab tentang percukaian hingga terhasilnya kitab al-Kharaj
-Mewujudkan jawatan kadhi al-Qudha(ketua hakim)
-Menubuhkan "Baitul Hikmah" yang menjadi pusat
ilmu pengetahuan ketika itu
-Menjadi Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu
pengetahuan dan kebudayaan terkemuka
-Membina banyak prasarana seperti rumah sakit, farmesi dan pusat pengajian
Al-Makmun
Nama sebenarnya Abdullah Abu al-Abbas al-Makmun. Putera Harun al-Rasyid. Menjadi khalifah selama 20 tahun, bermula dari tahun 198H hingga tahun 218H bersamaan 813M hingga 833M
Sumbangan
· Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan
- Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang
Faktor Penyebaran Islam pada zaman Kerajaan Abbasiah
Faktor Dalaman
- Keinginan Penduduk setempat yang tertarik dengan
Islam serta akhlak umatnya
- Galakan Khalifah yang menyediakan peruntukan khas
dari Baitul Mal untuk para ulama' dan pendakwah
menjalankan aktiviti dakwah
- Dasar kerajaan yang menyamakan status orang Arab
dengan orang bukan Arab
- Kedudukan Baghdad yang menjadi tumpuan dalam
bidang keilmuan dan perdangangan antarabangsa
Faktor Luaran
- Pembukan wilayah-wilayah baru
- Penggunaan Bahaa Arab secara meluas
- Hubungan diplomatik dengan Negara luar
- Usaha pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti
perdagangan mereka
Kesan positif penyebaran Islam
Akidah
- Mengubah kepercayaan menyembah berhala seperti
majusi yang menyembah api dan kepada mengesakan
Allah S.W.T.
- Orang bukan Islam tertarik kepada ajaran Islam yang
menghapuskan perhambaan sesama manusia.
- Masjid di bina sebagai pusat dakwah Islam seperti
Masjid Jami’ al Mansur dan Masjid al Basrah
- Fahaman akidah yang menyeleweng seperti Muktazilah
dan falsafah Yunani kuno telah diperbetulkan
Ilmu
- Membuka minda dan perkembangan ilmu kerana Islam
mewajibkan umatnya menuntut ilmu
- Pembinaan infrastruktur pendidikan seperti masjid dan
sekolah.
- Perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang seperti
Al-Quran,ilmu hadis,nahu,geografi, sains , matematik,
astronomi, perubatan, dan falsafah.
- Masyarakat Islam menjadi pakar dalam pelbagai bidang
sehingga dipandang tinggi oleh masyarakat lain.
Budaya
- Masyarakat mengamalkan budaya dan nilai-nilai Islam
yang bersifat sejagat.
- Masyarakat bebas mengamalkan budaya masing-
masing selagi tidak bercanggah dengan Islam.
- Pengaruh budaya tempatan terdapat dalam seni bina
bangunan terutama masjid seperti Qasru al Zahab dan
Qasru al Khuldi yang dibina oleh Khalifah Abu Jaafar
Al Mansur.
Sistem Masyarakat
§ Dapat menghapuskan perhambaan
§ Konsep keadilan tanpa mengira bangsa dan warna kulit telah diperkatikkan, contohnya Khalifah Al-Mahdi menubuhkan Mahkamah Tinggi Rayuan untuk mengadili kes-kes rayuan
§ Memberi peluang kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan utama Negara, contohnya Khalifah Abu Jaafar Al Mansur melantik Khalid bin Barmak berbangsa Parsi menjadi Al Wazir
§ Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan
masing-masing.
Peranan Jihad Umat Islam Dalam Memajukan Diri, Masyarakat Dan Negara
· Meneroka pelbagai bidang ilmu seperti ilmu Syariah, bahasa, sains, perubatan, dan kejuruteraan
· Mendisiplinkan diri dengan akhlak Islam
· Bersatu mempertahankan maruah dan martabat Islam
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH.
Faktor-faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Abbasiyah
- Usaha dan galakan Khalifah
- Galakan ajaran Islam supaya membuat kajian dan penyelidikan terhadap alam
- Aktiviti penterjemahan dalam berbagai bahasa
- Kestabilan politik dan ekonomi
- Dasar kerajaan yang mengutamakan ilmu pengetahuan
- Prasarana pendidikan yang baik seperti sekolah
- Kedudukan Baghdad sebagai pusat kegiatan ilmu serantau
- Hubungan diplomatik dengan negara luar
- Kreativiti ulamak dan cendikiawan dalam mengahsilkan bahan ilmiah
Intittusi Pendidikan Pada Zaman Abbasiyah
- Masjid
- Istana
- Perpustakaan
- Pusat Pengajian
Masjid
- Merupakan tempat ibadat dan penyebaran ilmu
pengetahuan.
- Dipenuhi dengan halaqah-halaqah (Perkumpulan-
perkumpulan) ilmu
Contoh; Masjid Jamik Al-Mansur yang dibina oleh
khalifah Abu Jaafar Al-Mansur pada tahun 145 Hijrah
Istana
- Dijadikan pusat perbincangan para ulama
bermuzakarah dan menyampaikan ilmu
Contoh: Khalifah al-Mu’tadhid Billah (289H/902M)
menyediakan sudut dan tempat tertentu di istana untuk
para sarjana menyampaikan ilmu.
Perpustakaan
- Dijadikan tempat perkembangan ilmu pengetahuan
dan penyelidikan ilmiah
- Perpustakaan utama ialah BAITUL HIKMAH dibina
oleh khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad
- Di Baitul Hikmah, terdapat khazanah karya-karya
sarjana tempatan serta terjemahan daripada negara
Parsi,Yunani ,China ,dan India. - Khalifah Al-Makmun bertanggungjawab membawa
masuk karya-karya Yunani
- Di Kaherah, Mesir tedapat sebuah perpustakaan awam yang dikenali sebagai Darul Hikmah
Pusat Pengajian
- Pusat-pusat pengajian dibina oleh para khalifah,
menteri, dan orang kaya di atas tanah milik kerajaan,
tanah wakaf atau tanah persendirian.
- Sumber kewangan pusat-pusat pengajian diambil
daripada hasil tanah-tanah waqaf atau perbendaharaan
negara.
- Pusat Pengajian yang terkenal ialah Madrasah
Al-Nizamiyyah yg dibina pada tahun 457H/1065M
yang dibina oleh seorang menteri keturunan Saljuk
iaitu Nizam al-Mulk (485H/1092H).
Peranan Baitul Hikmah Dalam Bidang Pendidikan
· Pusat Penterjemahan
· Pusat Pertemuan Para Sarjana dan Ilmuan
· Pusat Sumber
· Pusat Penyelidikan
· Pusat Latihan
Bidang Ilmu Pada Zaman Abbasiyyah
1. Ilmu Berteraskan Wahyu
Seperti Ilmu Tafsir, Hadis,Tauhid dan Fekah
2. Ilmu berteraskan akal
Seperti ilmu matematik ,falak, Kima, Geografi, Fizik dan Perubatan |
a) Ilmu Berteraskan Wahyu
Ilmu | Perkembangan | Tokoh Dan Kitab |
Tafsir | Disusun mengikut surah | Yahya bin Ziad AlFarra’ dengan kitabnya Maani Al Quran dan Ibnu Jarir At Tobari dengan kitabnya Tafsir At Tobari |
Hadis | Pengumpulan dan Penyusunan Hadis | - Imam Al Bukhari, kitabnya Sohih Al Bukhari - Imam Muslim kitabnya Sohih Muslim - Abu Daud,At Tirmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dengan kitab mereka Al Kutub As Sittah |
Fekah | Muncul Mazhab-Mazhab Fekah | Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafei,Imam dan Ahmad bin Hanbal, Qadi Abu Yusuf, Sahnun, Al Mawardi dan Ibnu Qudamah |
Tauhid | Pemunian akidah dari pengaruh falsafah Yunani | Imam Abu Hasan Al Asy’ari Dan Imam Al Ghazali |
b)Ilmu Berteraskan Akal
Ilmu | Perkembangan | Tokoh Dan Kitab |
Mate matik | Beberapa formula baru dihasilkan antaranya algebra,geometry | Muhammad bin Musa Al Khawarizmi. Hasil karya Hisab Al Jabri wal Muqabalah |
Falak | Beberapa penemuan baru antaranya: - mengukur jarak antara bumi dan matahari. - jadual pergerakan bulan dan bintang - pengaruh bulan dan Matahari terhadap musim - mencipta alat pengukur sudut | Tokoh ilmu falak ialah Al Baitany berjaya menemui : - cara mengukur jarak antara bumi dan matahari - jadual pergerakan bulan dan bintang
|
Kimia | Mengasaskan fakta-fakta kimia berdasarkan ujikaji Penemuan lain - penemuan asid nitrik,sulfuric dan hidroklorik - teori penghasilan Petroleum,alcohol dan memperbaiki proses membuat kaca | Tokoh yang masyhur dalam bidang kimia ialah Jabir bin Hayyan, beliau orang pertama menemui Asid sulfurik. |
Fizik | - mencipta teori pergerakan jirim - menjelaskan tentang lapisan-lapisan mata - menyukat kelajuan bunyi dan cahaya - mencipta cermin mata | Tokoh utama Al Hasan Bin Al Haitham. Beliau berjaya menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya pada retina |
Geografi | Penemuan baru: - ukuran yang tepat keluasan bumi - menghasilkan peta dunia pertama dalam bentuk glob | Tokoh utama ialah As Syarif Al Idrisy, menghasilkan peta dunia dalam bentuk glob. |
Peru-batan | Penemuan baru: - kesan kuman dalam penyakit. - toeri jangkitan virus seperti TB - penyakit baru seperti Rubella,alahan,cacar Sakit jiwa. - ubat penyakit kronik - mencipta picagari, - Mencipta Ubat bius - Mencipta benang khusus untuk menja- hit luka | Tokoh utama bidang perubatan ialah Ibnu Sina.Beliau menghasilkan 116 buah buku perubatan. Buku terkenal ialah Qanun Fi Al Tib. |
Kepentingan Ilmu Serta Kesannya dalam Membina Tamadun
§ Kesepaduan antara ilmu fardhu Ain dan fardhu Kifayah menyebabkan umat Islam kuat dari segi fisikal dan mental
§ Dasar Kerajaan Abbasiyah yang memberi keutamaan kepada bidang pendidikan telah menyuburkan perkembangan ilmu pengetahuan
§ Pemangkin kemajuan di Eropah. Ilmu dan teknologi ini kemudian dipindahkan ke Eropah hingga tercetusnya zaman Renaissance
§ Karya-karya sarjana Islam yang berbahasa Arab ditejemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk; Latin dan Hebrew